Tuesday 14 May 2013




Proses demokrasi selesai!


KUALA LUMPUR, 10 MEI- Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) pada tahun ini mencatatkan sejarah apabila sebanyak 80% peratus pengundi berdaftar telah keluar mengundi, dimana ini menunjukkan kesan yang positif di kalangan rakyat Malaysia yang semakin peka untuk memilih kerajaan yang berdemokrasi.

Barisan Nasional menang undi popular di sembilan daripada 14 negeri pada peringkat Parlimen pada PRU-13, manakala parti Pakatan Rakyat (PR) cuma menang di lima negeri dengan empat daripadanya dikuasai mereka.

Kelantan, Pulalu Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan akan diperintah oleh kerajaan PR manakala BN memerintah di negeri Johor, Sabah, Sarawak, Perlis, Kedah, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Barisan Nasional (BN) telah mendapat mandat untuk terus mentadbir kerajaan apabila memenangi 133 kerusi parlimen daripada 222 kerusi yang dipertandingkan. Walaupun tidak mendapat majoriti dua per tiga daripada kerusi yang dipertandingkan, tetapi BN masih mampu untuk merampas semula Kedah daripada PR.

Bagi peringkat Parlimen, PR mendapat 87 kerusi dengan DAP memperoleh 38 kerusi, PKR 28 kerusi dan PAS 21 kerusi. Tetapi secara keseluruhan, BN ketinggalan kira-kira 386,285 undi apabila meraih 5.23 juta undi berbanding pembangkang yang meraih 5.62 juta.

Datuk Ahmad Maslan, Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN berkata, PR harus menerima hakikat bahawa sistem pilihan raya di Malaysia bukannya berdasarkan undi popular, tetapi berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi.

Beliau juga meminta supaya PR menghentikan dakwaan yang membohongi rakyat dan mengajak mereka menyertai perhimpunan haram dan demonstrasi jalananan kerana ia bertentangan dengan undang-undang.

Jika masih tidak berpuas hati, beliau juga menegaskan lagi supaya pihak PR mengikut saluran yang betul dengan mengemukakan petisyen pilihan raya yang dibenarkan mengikut Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan.

Pilihan raya merupakan satu agenda penting kepada rakyat di negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Kesan pilihan raya kepada masyarakat antaranya masyarakat telah dapat hak dan kuasa memilih mereka untuk mengundi kuasa politik mana yang diyakini dan menjamin kestabilan dan keamanan negara.

Keputusan rasmi yang telah diumumkan haruslah diterima dan dihormati oleh semua pihak. Ia adalah pilihan rakyat dan amanah yang diberikan untuk memimpin negara ke arah kecermelangan dan berdaya saing.

Harus diingatkan bahawa dunia sentiasa melihat dan memerhatikan kita untuk membuat pelaburan dan menjana modal di sini. Sebarang perlakuan buruk dan negatif akan memberikan kesan buruk pada ekonomi negara kerana ia memberikan isyarat ketidakstabilan politik Malaysia. Tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia sudah dilaksanakan, kini bersama-sama kita membantu dan memberikan sokongan kepada kerajaan yang dipilih untuk terus menerajui negara.

                                   sekitar pilihan raya umum ke - 13 yang berlangsung baru - baru ini




kereta yang disediakan untuk kemudahan pengundi bagi mengelakkan kesesakan di kawasan pembuangan undi

Pemandangan di kawasan Selayang pada hari terakhir berkempen.


Pusat Pembuangan Undi Kawasan Kepong

Pusat Pembuangan Undi Kawasan Kepong
Pegawai SPR menjalankan tugas semasa hari pembuangan undi



No comments:

Post a Comment