Tuesday 14 May 2013

Balkanisasi dalam konteks Malaysia

      Konsep balkanisasi merujuk kepada fenomena pembebasan negara – negara Balkan, dimana berlakunya proses pemisahan negara-negara Balkan seperti Yugoslavia pasca perang dingin yang membawa kepada kesan negatif iaitu timbulnya keganasan secara berleluasa dan retaknya perhubungan antarabangsa disebabkan jurang yang wujud di antara negara- negara serantau. Fenomena Balkanisasi menganjurkan fahaman yang hanya mengikut arus dan pendapat mereka sendiri tanpa mengambil kira faktor yang lain atau lebih mudah dikatakan, mereka menolak pandangan yang bertentangan dengan kehendak dan ideologi yang mereka dukung.

        Balkanisasi, jika diterjemahkan dalam konteks siber, boleh dianggap sebagai analogi terhadap gejala media yang menjadikan khalayak terpisah, membentuk koloni masing-masing dan ganas pada kumpulan yang tidak sealiran dengan mereka, pendapat ini dipetik dari sumber suaramurba.blogspot.com.  
Jika dikaitkan dengan arus teknologi semasa yang menghidangkan pelbagai jenis “juadah’ bahan bacaan, ia boleh dikatakan bergerak selari dengan kebebasan media dan mengikut arus demokrasi yang dicanang – canang. 

      Derasnya arus kemajuan internet menyebabkan masyarakat lebih mudah memperoleh maklumat berdasarkan kecenderungan mereka, ada yang memilih bahan bacaan politik, ekonomi, hiburan, agama dan lain –lain. Generasi muda yang digelar celik IT menjadikan internet sebagai énsiklopedia’untuk mendapatkan informasi. Segalanya boleh didapati dengan menaip di dalam enjin carian Google. 

        Akan tetapi, ada keburukan disebalik kemudahan yang ada, timbulnya pelbagai kumpulan berdasarkan minat yang mencetuskan pelbagai budaya dan gejala ekstrem. Kumpulan – kumpulan yang menggalakkan sesetengah pihak meluahkan rasa benci dan menulis atas kapasiti kebencian, yang akhirnya mengundang kepada perpecahan kaum seperti yang terjadi di luar negara.

Kehadiran wartawan dari dalam kelompok masyarakat (citizen journalist) merancakkan lagi fenomena ini, di mana mereka menganalisis sesuatu peristiwa atau kejadian berdasarkan kemahuan dan pemahaman sendiri, atau dalam erti kata lain memburukkan keadaan yang sedia ada, dengan mengaitkan peristiwa yang terjadi di luar negara yang ekstrim seperti Arab spring dan cuba membawa budaya luar yang tidak semenggah ke dalam negara.  Sebagai contoh, ketika kempen PRU ke-13 rancak dijalankan, sesetengah pihak memprovokasi secara melampau dan mengajak pihak- pihak pelampau untuk mengganggu gugat keamanan negara. Ini turut disokong oleh PDRM yang mengatakan ada sesetengah pihak menyebar dan mengajak rakyat Malaysia berhimpun, meminta pilihanraya baru diadakan disebabkan parti merekaa menemui kekalahan.  

       Situasi yang sama jika dikaitkan dengan keruntuhan moral, kelompok – kelompok yang mempromosi seks luar tabii, pluralisme agama, gay, lesbian. Mereka yang sebelum ini ‘terpaksa’menjadi normal kerana melawan arus fitrah manusia, akan berasa selesa apabila dengan mudahnya memperoleh informasi dan bahan bacaan tentang golongan yang seangkatan mereka, bahan – bahan bacaan ini yang selalunya ditulis oleh masyarakat barat dan diiktiraf oleh undang – undang di sesetengah dengara barat dia atas nama kebebasan dan hak individu manusia. Ini bertentangan dengan ajaran agama dan menjurus kepada keruntuhan institusi keluarga dan moral.

     Kesimpulannya, saya memetik kata – kata mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, iaitu, freedom comes with a great responsibility. Sukar bagi kerajaan menyekat informasi yang bertebaran di alam maya, kerana setiap laman yang disekat oleh kerajaan, pasti ada pihak yang cuba untuk mengakses informasi secara haram dan menyebarkannya. Oleh itu saya berpendapat, pertama, masyarakat sendiri harus berfikir secara rasional, membertimbangkan kebaikan dan keburukan terhadap diri sendiri, agama, negara, anak – anak dan seterusnya masyarakat sekiranya mereka terus berpegang kepada anasir – anasir tersebut. Kedua, kerajaan dan badan berwajib tidak seharusnya bersikap lepas tangan dan membiarkan rakyat dengan mudah mengakses kepada informasi yang mendatangkan keburukan. Badan yang ebrtanggungjawab mungkin boleh mengeluarkan ‘guidelines’ dan memantau aktiviti yang tidak berfaedah. 

komuniti yang menngelar diri mereka sebagai kumpulan 'Rosmah sila minta maaf pada umat Islam' yang menyebarkan isu - isu mengenai senario politik Malaysia
Komuniti LGBT (Lesbian Gay Biseksual dan Transeksual)


komuniti yang menyebarkan agenda LGBT di dalam bentuk pendidikan


No comments:

Post a Comment