Konsep balkanisasi merujuk kepada
fenomena pembebasan negara – negara Balkan, dimana berlakunya proses pemisahan negara-negara Balkan seperti Yugoslavia pasca perang dingin yang
membawa kepada kesan negatif iaitu timbulnya keganasan secara berleluasa dan retaknya
perhubungan antarabangsa disebabkan jurang yang wujud di antara negara- negara
serantau. Fenomena Balkanisasi menganjurkan fahaman yang hanya mengikut arus
dan pendapat mereka sendiri tanpa mengambil kira faktor yang lain atau lebih
mudah dikatakan, mereka menolak pandangan yang bertentangan dengan kehendak dan
ideologi yang mereka dukung.
Balkanisasi, jika diterjemahkan
dalam konteks siber, boleh dianggap sebagai analogi
terhadap gejala media yang menjadikan khalayak terpisah, membentuk koloni masing-masing
dan ganas pada kumpulan yang tidak sealiran dengan mereka, pendapat ini dipetik
dari sumber suaramurba.blogspot.com.
Jika dikaitkan dengan arus teknologi
semasa yang menghidangkan pelbagai jenis “juadah’ bahan bacaan, ia boleh
dikatakan bergerak selari dengan kebebasan media dan mengikut arus demokrasi
yang dicanang – canang.
Derasnya arus kemajuan internet
menyebabkan masyarakat lebih mudah memperoleh maklumat berdasarkan
kecenderungan mereka, ada yang memilih bahan bacaan politik, ekonomi, hiburan,
agama dan lain –lain. Generasi muda yang digelar celik IT menjadikan internet
sebagai énsiklopedia’untuk mendapatkan informasi. Segalanya boleh didapati
dengan menaip di dalam enjin carian Google.
Akan tetapi, ada keburukan disebalik
kemudahan yang ada, timbulnya pelbagai kumpulan berdasarkan minat yang
mencetuskan pelbagai budaya dan gejala ekstrem. Kumpulan – kumpulan yang
menggalakkan sesetengah pihak meluahkan rasa benci dan menulis atas kapasiti
kebencian, yang akhirnya mengundang kepada perpecahan kaum seperti yang terjadi
di luar negara.
Kehadiran wartawan dari dalam
kelompok masyarakat (citizen journalist) merancakkan lagi fenomena ini, di mana
mereka menganalisis sesuatu peristiwa atau kejadian berdasarkan kemahuan dan
pemahaman sendiri, atau dalam erti kata lain memburukkan keadaan yang sedia
ada, dengan mengaitkan peristiwa yang terjadi di luar negara yang ekstrim
seperti Arab spring dan cuba membawa budaya luar yang tidak semenggah ke dalam
negara. Sebagai contoh, ketika kempen
PRU ke-13 rancak dijalankan, sesetengah pihak memprovokasi secara melampau dan
mengajak pihak- pihak pelampau untuk mengganggu gugat keamanan negara. Ini
turut disokong oleh PDRM yang mengatakan ada sesetengah pihak menyebar dan
mengajak rakyat Malaysia berhimpun, meminta pilihanraya baru diadakan
disebabkan parti merekaa menemui kekalahan.
Situasi yang sama jika dikaitkan
dengan keruntuhan moral, kelompok – kelompok yang mempromosi
seks luar tabii, pluralisme agama, gay, lesbian. Mereka yang sebelum ini
‘terpaksa’menjadi normal kerana melawan arus fitrah manusia, akan berasa selesa
apabila dengan mudahnya memperoleh informasi dan bahan bacaan tentang golongan
yang seangkatan mereka, bahan – bahan bacaan ini yang selalunya ditulis oleh
masyarakat barat dan diiktiraf oleh undang – undang di sesetengah dengara barat
dia atas nama kebebasan dan hak individu manusia. Ini bertentangan dengan
ajaran agama dan menjurus kepada keruntuhan institusi keluarga dan moral.
Kesimpulannya, saya memetik kata –
kata mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, iaitu, freedom comes with a great responsibility.
Sukar bagi kerajaan menyekat informasi yang bertebaran di alam maya, kerana
setiap laman yang disekat oleh kerajaan, pasti ada pihak yang cuba untuk
mengakses informasi secara haram dan menyebarkannya. Oleh itu saya berpendapat,
pertama, masyarakat sendiri harus berfikir secara rasional, membertimbangkan
kebaikan dan keburukan terhadap diri sendiri, agama, negara, anak – anak dan
seterusnya masyarakat sekiranya mereka terus berpegang kepada anasir – anasir
tersebut. Kedua, kerajaan dan badan berwajib tidak seharusnya bersikap lepas
tangan dan membiarkan rakyat dengan mudah mengakses kepada informasi yang
mendatangkan keburukan. Badan yang ebrtanggungjawab mungkin boleh mengeluarkan
‘guidelines’ dan memantau aktiviti
yang tidak berfaedah.
komuniti yang menngelar diri mereka sebagai kumpulan 'Rosmah sila minta maaf pada umat Islam' yang menyebarkan isu - isu mengenai senario politik Malaysia |
Komuniti LGBT (Lesbian Gay Biseksual dan Transeksual) |
komuniti yang menyebarkan agenda LGBT di dalam bentuk pendidikan |
No comments:
Post a Comment